View issues with Tan Seng Giaw

Monday, April 17, 2006

Ombudsman instead of IPoliceCM Commission or none?

DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong Dr Tan Seng Giaw urges the Prime Minister to consider carefully the issue of Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) especially in the context of the Royal Commission for the Enhancement of the Operations and Management of the Police.

The Royal Commission has given 125 recommendations including IPCMC. These recommendations must be implementated as much as practicable. While many policemen are good, sincere and dedicated, there have been black sheep. How do we get rid of them?

The police and others have objected strongly against the setting up of IPCMC. True, bad things such as corruption happen not just to the police, but also to other government departments such as Customs and Immigration. Let the police tell us how do we make the force clean, efficient and trustworthy?

In his column in the Sunday Star on 16 April, 2006, A Rose by any other name would smell as sweet, Tun Hanif Omar, a member of the Royal Commission referred to 'the more recent chorus performance of some members of Parliament'. I can assure him that we insist on IPCMC.

How does the police look at Tun Hanif who recommends the establishment of IPCMC?
Does he want to modify his view to pacify the police?

On April 10, 2006, most media headlined the possibility of establishing Ombudsman instead of IPCMC, 'to investigate all allegations involving all quarters (government) including ministers, without limiting its scope only to the police.'

Tun Hanif has seized on the opportunity, saying "What's in a name? That which we call a rose by any other name would smell as sweet" (Shakespeare in Romeo and Juliet). And, "Why should it matter whether the cat is white or black so long as it catches mice?" (Deng Xiaoping in Kuala Lumpur).

One year after the Royal Commission report, the Government dithers on the formation of IPCMC. Tun Hanif notes that, meanwhile, corruption marches on albeit in more cautious ways.
He went on to mention that England established Parliamentary Ombudsman in 1983, followed by Independent Police Complaints Commission (IPCC) 20 years later because the Ombudsman had no teeth.

By accepting Ombudsman in lieu of IPCMC, does Tun Hanif mean that when the Malaysian version of Ombudsman shows no teeth, no sweet smell and no catching of mice, then the Government can form IPCMC? Since other countries such as UK have both, why can't the Government establish IPCMC and then Ombudsman?

As there are strong objections to IPCMC by the police, does it mean that the Government would set up neither IPCMC nor Ombudsman? What is the true meaning of the Royal Commission?

2 Comments:

At 2:42 PM, Blogger the Sojourner said...

it looks like you're doing a good job talking about the things that matter...keep up the good work!

 
At 12:15 AM, Blogger Memorable Love said...

Rencana : Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis IPCMC

Suruhanjaya ialah satu badan yang ditubuhkan tanpa campur tangan secara langsung daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat. Antara suruhanjaya yang kita ada ialah Suruhanjaya Pilihanraya , Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya. Mutakhir ini , debat mengenai isu penubuhan IPCMC semakin hangat dan panas. Bahang isu ini masih dapat dirasai.

''Tariklah nafas''.Fikir sejenak erti dan maksud bebas aduan dan salah laku polis. Jika anda benar-benar berbuat demikian maka , penubuhan suruhanjaya ini bukanlah satu badan untuk memantau pergerakkan polis seperti yang difikirkan oleh sesetengah individu apatah lagi untuk menjejaskan imej dan kredibiliti seseorang polis. Erti perkataan tersebut cukup mudah iaitu satu tempat bebas untuk rakyat mengadu terhadap segala salah laku polis terhadap mereka. Persoalannya kini , adakah salah untuk rakyat mengadu sekirannya mereka dianiayai ? Ke manakah rakyat hendak bergantung apabila pergantungan kepada pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan tidak terjamin? Bolehkah rakyat kita diperlakukan seperti yang disukai oleh "segolongan" pihak polis ? Di manakah keadilan?

IPCMC tidak akan mejejaskan kredibiliti polis di negara kita. Itu hanyalah alasan sesetengah pihak semata-mata. Fikir sekali lagi secara mendalam. Apakah yang ada di dalam Suruhanjaya ini sehingga begitu hebat sampai mampu menjejaskan kredibiliti polis? Hanya aduan jika ada. Aduan yang benar sahaja yang mampu menjejaskan tetapi aduan yang tidak benar langsung tidak mampu menggugat kredibiliti dan kewibawaan polis. Fikir sekali lagi. Apakah yang menyebabkan kepada berlakunya aduan yang benar ( jika ada ) sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan polis? Jawapannya , salah laku dan tindakan polis yang menyalahi kuasa , melampui batas , rasuah dan pelbagai lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku!!!! Kini jelas terbukti bahawa bukannya IPCMC yang menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan polis negara kita tetapi kelakuan dan tindakan polis yang mejejaskan kredibiliti dan kewibawaan mereka! Salah siapa? Rakyat? IPCMC? ataupun tindakan dan kelakuan mereka sendiri? Justure , dakwaan penubuhan IPCMC mencabar kredibiliti mereka adalah satu penyataan yang tidak berasas.

Hak rakyat harus diperjuangkan! Tanpa rakyat apa itu kerajaan? Tanpa kerajaan siapakah polis? Punca pendapatan kerajaan adalah daripada rakyat manakala punca pendapatan polis adalah daripada kerajaan hasil daripada rakyat secara tidak langsung! Rakyat yang membayar gaji polis secara tidak langsung! Takkan kita tiada hak untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak kita sekirannya hak kita telah dicabar? Pelbagai kejadian telah berlaku baru-baru ini yang telah menjejaskan imej polis negara kita. IPCMC belum ditubuhkan lagi , imej mereka telah terjejas. Oleh itu , IPCMC haruslah ditubuhkan untuk menjaga imej polis negara kita. Apabila adanya IPCMC , kelakuan sesetengah polis secara tidak langsung dapat dikawal dan polis tidak berani untuk melakukan sesuatu di luar bidang kuasa mereka. Mereka akan menjadi lebih amanah , dedikasi dan bertanggungjawab kerana takut akan diadu sekirannya tidak menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Senario ini telah membuktikan kepada kita IPCMC mampu untuk menjaga imej polis di negara kita dan bukannya menjejaskan.

Jika berlaku kecurian , rakyat akan mengadu kepada pihak polis. Jika berlaku masalah dalam sekolah , rakyat akan mengadu kepada pengetua sekolah. Jika rakyat diperlakukan oleh polis dengan sesuka hati , ke manakah rakyat hendak mengadu? Mungkin anda akan mengatakan mengadu kepada polis. Tidakkah akan berlaku ketidakadilan? Keadaan ini adalah seperti apabila anak kita dibunuh oleh A dan kita pula mengadu kepada Bapa A. Berapakah kebarangkalian aduan kita dapat ditegakkan ? Tepuklah dada tanyalah selera. Kita sepatutnya mengadu kepada orang C yang tiada berkaitan dengan A langsung.

Peribahasa" sebab nila setitik rosak susu sebelangga" menjadi antara senjata pihak tertentu untuk menolak penubuhan ini. Sejauh manakah peribahasa ini ditafsir dengan mendalam dan betul oleh kita? Peribahasa ini sebenarnya bermaksud oleh kerana sesetengah orang yang tidak baik dalam sesuatu komuniti akan mejejaskan seluruh komuniti itu walaupun sesetengah golongan yang kecil itu. Fikir sekali lagi. Apa kaitan peribahasa ini dengan IPCMC? Yang menjadi nila itu bukannya IPCMC tetapi sesetengah polis yang tidak baik dalam komuniti polis. Oleh itu , IPCMC adalah senjata yang terbaik untuk menghapuskan nila itu supaya yang tinggal dalam komuniti polis adalah terbaik. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjamin nama baik polis. Kewibawaan dan kredibiliti mereka dapat ditonjolkan dengan lebih baik apabila nila-nila yang tidak baik dimusnahkan , dihancurkan , dihapuskan dan dibinasakan. Peribahasa ini sebenarnya berpaksi pada kewajaran IPCMC ditubuhkan. Pendekatan kedua untuk mentafsir peribahasa ini secara mendalam ialah tidak mungkin oleh kerana sesetengah polis yang menjadi nila itu menyebabkan hak dan keadilan 2.6 juta rakyat tergadai. Rakyat ibaratkan susu dalam belengga tidak seharusnya dirosakkan oleh nila-nila yang merosakkan itu. Pendekatan ketiga ialah , tidak mungkin nila-nila yang tidak baik menyusahkan seluruh komuniti polis. Perkataan menyusahkan tidak seharusnya timbul. Hal ini demikian , telah jelas terbukti bahawa IPCMC tidak menyusahkan mana-mana polis yang baik. Polis yang baik tidak akan dilibatkan. Jangan kita dikabulkan oleh peribahasa ini. Lebih-lebih lagi , IPCMC dapat menjamin kewibawaan polis seperti yang diutarakan tadi. Mengapa pula polis-polis yang baik akan terlibat? Pihak polis yang baik diminta jangan risau. Kalian tidak akan disusahkan malahan dengan adanya penubuhan ini imej kalian dapat dibersihkan kerana yang tinggal hanyalah yang baik-baik sahaja. Yang tidak baik itu sudah diadu kepada IPCMC dan tindakan tertentu diambil.Justeru , hak nama baik kalian terjamin. Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah. Jika tidak perasaan bahawa mana-mana individu akan membuat salah sehingga diadu maka IPCMC tidak seharusnya menjadi masalah. Melainkan individu tertentu tahu akan membuat perkara yang tidak sepatutnya baru perlu takut dan gentar dengan penubuhan IPCMC.

Dinasihatkan polis-polis yang baik keluar menyokong IPCMC kerana Suruhanjaya ini dapat membersihkan imej polis yang telah dijejaskan oleh segolongan nila yang tidak baik. Polis-polis yang baik seharusnya berani kerana benar kerana jika anda adalah polis yang baik maka penubuhan IPCMC langsung tidak memberi sebarang kesan kepada kamu. Diharapkan Perdana Menteri tegas dalam meneruskan rancangan asalnya untuk menubuhkan IPCMC dan tidak patut lagi ragu-ragu. Kepentingan rakyat harus diutamakan dahulu. IPCMC bukannya hendak menyusahkan polis. IPCMC adalah untuk menjamin imej polis dan pada masa yang sama rakyat yang disusahkan oleh polis dapat ditegakkan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan kasih kepada polis-polis yang baik yang ada dalam negara ini kerana telah menjaga keselamatan dan keamanan negara dan rakyat selama ini. Jasa anda tidak ternilai. Bakti dan peluh darah anda sememangya suci. Saya sanjung. Saya hormat. Saya hargai. Saya juga berasa sedih dan simpati oleh kerana beberapa polis yang tidak baik telah menjejaskan kewibawaan anda semua. Walaubagaimanapun , jasa anda yang baik melebihi dosa yang dilakukan oleh polis tertentu. Oleh itu , penubuhan IPCMC dapat menunjukkan kepada masyaratkat bahawa nama anda terjamin kerana yang akan diadu hanya mereka yang telah merosokkan nama polis. Mereka haruslah diambil tindakan tertentu dan jika boleh dihapuskan daripada komuniti polis. Akhir sekali , diminta rakyat dapat mengingati dan menghargai jasa dan budi polis yang baik dan pada masa yang sama berusaha untuk menyingkirkan nila-nila yang merosakkan.

shenyeeaun.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home